Rabu, 17 Jun 2015

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H.
Semoga puasa dan amalan kita semua lebih baik dari tahun terdahulu serta mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Isnin, 2 Mac 2015

Pautan (hyperlink) Ke Laman Web Agensi Berkaitan

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan,

Warga PCH digalakkan untuk sentiasa perihatin kepada makluman dan pemberitahuan oleh agensi-agensi berkaitan sama ada dengan cara melawat ke laman web atau 'LIKE' page agensi berkaitan.  Anda juga boleh masuk ke laman web agensi tersebut melalui pautan (link) yang disediakan pada blog ini.

Terima kasih.

Portal Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus (MyNS)




Portal Majlis Perbandaran Nilai (MPN)




Portal Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)





Portal Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS)




Portal Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS)





Portal Tenaga Nasional Berhad (TNB)



Isnin, 2 Februari 2015

'Banner Stand' Sumbangan Seri Pajam Development

Assalamualaikum wbt & Salam Perpaduan..


Kerja-kerja pemasangan oleh kontraktor SPD




Alhamdulillah.. Permohonan 'banner stand' atau kerangka bagi tujuan pemasangan  banner telah diluluskan & dipasang oleh pihak Seri Pajam Development Sdn. Bhd. (SPD). Pihak KRTPCH mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SPD kerana menaja 'banner stand' tersebut & terima kasih juga kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerana meluluskan permohonan pemasangan 'banner stand' ini.

Admin mengalu-alukan semua pertubuhan berdaftar di PCH untuk menaikkan sebarang banner aktiviti kemasyarakatan di PCH termasuk persatuan penduduk & Surau Al-Falah. Dengan adanya banner stand ini, maka keadaan pemasangan banner di kawasan laluan utama PCH akan menjadi lebih kemas & tersusun.

Kolam Takungan JPS Yang Tidak Diselenggara @ PCH

Assalamualaikum wbt..




Pada 22 Disember 2014 yang lalu, Biro Aduan & Perhubungan Awam KRTPCH telah memanjangkan aduan berkaitan kolam takungan No. 1 & 2 yang tidak diselenggara (boleh dikatakan bertahun-tahun jugak lamanya). Aduan secara terus ke Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPS) mendapat respon yang sangat positif kerana dalam masa yang singkat, Pegawai JPS dari Seremban iaitu Puan Riza telah melawat kawasan yang tidak diselenggara tersebut.

Perbincangan antara Pengerusi KRTPCH & Pn. Riza dari Jabatan Pengairan Saliran (JPS)
Hasil perbincangan dengan beliau, pihak JPS akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerana tanggungjawab JPS adalah kawasan kolam dan di dalam kolam bukannya di luar kawasan kolam. Walaubagaimanapun, jika MPN menolak, beliau berjanji akan menguruskan penyelenggaraan kolam tersebut selewat-lewatnya bulan Mac 2015. 

Diharapkan janji berkenaan ditepati. InshaAllah..

Isnin, 26 Januari 2015

Pertandingan Bowling Siri 2 @ Dreambowl, Kompleks Sukan Airport, NILAI

Assalamualaikum wbt & Salam Perpaduan..

Ini lah dia Cikgu Aru.. Walaupun dah pencen, tetap hebat..

Pada 21 Disember 2014 yang lalu, Biro Sukan & Rekreasi KRTPCH telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup PCH di Dreambowl Kompleks Sukan Airport Nilai. Sebanyak 10 pasukan yang menyertai pertandingan ini dimana setiap pasukan diwakili oleh 4 pemain. Permainan dijalankan secara 2 games..

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar. Tahniah kepada pasukan yang muncul JUARA. Kepada yang tewas, boleh cuba lagi pada tahun 2015.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Aru & Dr. Hazizi.. Juga kepada semua AJK KRTPCH yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan terima kasih juga kepada semua peserta yang mengambil bahagian... kerana dengan sokongan andalah KRTPCH berjaya melaksanakan aktiviti yang dirancang.  

KRTPCH mengharapkan lebih banyak sambutan dan penyertaan pada masa akan datang. InshaAllah..

Ada berani? - Cikgu Faizal, Ustaz Talhah & Ustaz Anwar
 
Kamilah JOHAN kali ni..
Tahniah En. Masri..


Cabutan Bertuah pun ado..

Khamis, 22 Januari 2015

Kes Samun @ Perdana College Heights

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera



Kejadian samun berparang semakin membimbangkan di persekitaran kawasan Perdana College Heights. Terbaru, pada 15.01.2015 yang lalu, 2 kes samun bersenjata parang telah berlaku pada masa yang hampir sama iaitu antara jam 11.30am - 12.30pm.. Suspek telah menyamun 2 wanita yang memasuki kawasan porch kenderaan di kediaman masing-masing. Suspek difahamkan berbangsa melayu dan bermotosikal Honda EX-5 berwarna biru.. Dan sebuah motosikal lagi berwarna merah hitam. Motosikal yang sama yang menyamun sebuah rumah di Fasa Orchid pada 8.12.2014 yang lalu.

Kejadian samun sebegini sangat menakutkan terutamanya bagi kaum ibu yang menjalankan tanggungjawab dirumah. Yang lebih menyedihkan, perbuatan samun ini dilakukan oleh kaum melayu. Dimana nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri kaki penyamun ni?? Tidak mustahil anda akan ditimpa musibah yang lebih dasyat sama anda diri sendiri ataupun kaum keluarga anda..

Modus operandi suspek ialah mendapatkan barang kemas atau hand-bag, handphone serta barangan yang berharga dengan cara memberhentikan motosikal di depan atau belakang kenderaan yang telah sampai di pintu pagar rumah. Sebagai contohnya, untuk kes baru-baru ini, suspek memecahkan cermin kenderaan mangsa kerana mangsa tidak mahu membuka pintu kereta. Jiran terdengar dan cuba membantu tetapi, dihulurkan parang supaya tidak masuk campur. Betapa beraninya manusia seperti ini...

Semua warga Perdana College Heights dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika tiba didepan pintu pagar kediaman masing-masing. Pastikan tiada motosikal yang berlegar-legar ketika anda tiba dipintu pagar rumah.

Kami dipihak KRTPCH sedang berusaha untuk centralized kan pintu masuk Perdana College Heights ini dengan 2 pintu masuk serta kawalan 24 jam di kesemua 6 fasa perumahan yang ada di PCH ini. Cuma admin memohon supaya kita menyertai kawalan keselamatan 24 jam ini dengan bayaran RM50 sebulan. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan PCH (JPKPCH) yang diketuai oleh Mejar Roslan sedang berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkan kawalan keselamatan 24 jam di PCH. 

Sebarang info terkini akan diupdate.



Tanah Mendap @ Kawasan Permainan Kanak-Kanak Fasa Bayan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Agak besar tanah yang mendap @ Fasa Bayan PCH




Pada 22.12.2014, pihak KRTPCH melalui Biro Aduan Komuniti telah membuat satu aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai berkenaan tanah runtuh / mendap dikawasan taman permainan kanak-kanak di Perdana College Heights @ Fasa Bayan.

Alhamdulillah.. Pada 17.01.2015 (Sabtu), pihak MPN telah menyelesaikan masalah tersebut dengan membaiki kawasan tanah mendap berkenaan. Pihak KRTPCH mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang baik diantara pihak KRTPCH & Majlis Perbandaran Nilai. Terima kasih juga kepada YDP MPN iaitu Dato' Abdul Halim yang turut membantu menyegerakan aduan ini untuk tindakan yang sewajarnya.




Khamis, 8 Januari 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Perpaduan.



Hari ini, telah 8 hari di awal 2015. Semoga kita menanam satu azam dalam diri sendiri untuk meningkatkan lagi semangat & jati diri kita dalam kehidupan bermasyarakat. Kehidupan bermasyarakat pada masa kini semakin terhakis oleh kerana kesibukan kita yang bekerjaya demi penghidupan yang selesa. Namun, jangan kita lupa kerana, didalam komuniti, jiran memainkan peranan yang sangat penting didalam kesusahan yang mungkin akan menimpa diri kita & keluarga pada masa-masa akan datang.

Saya bagi pihak admin KRT Perdana College Heights, amat mengalu-alukan pandangan , idea bernas anda dalam memajukan lagi Taman Perdana College Heights yang kita bermaustatin ini. Perdana College Heights ditadbir oleh KRT Perdana College Heights meliputi 7 Fasa perumahan iaitu Fasa Orchid ( 2007 ), Bayan ( 2008 ), Suria Residence ( 2009 ), D'Camellia, D'Camellia Xtra, Raflesia       ( 2011 ), Ivory Villas ( 2013 ). Daripada 7 Fasa ini, memang kita dapat melihat perbezaan dari segi rekabentuk kediaman dan nilai hartanah, namun, kita sebenarnya tetap satu. Satu Taman.. 

Kami di pihak KRT Perdana College Heights, menyeru supaya 2015 dapat mengubah pemikiran kita supaya lebih banyak menjurus ke arah aktiviti kemasyarakatan. Insha Allah. Sekalung penghargaan & tahniah kepada seluruh warga Perdana College Heights yang dari dahulu sehingga hari ini yang begitu bersemangat mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan.Terima Kasih Daun Keladi.