Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Kejadian samun berparang semakin membimbangkan di persekitaran kawasan Perdana College Heights. Terbaru, pada 15.01.2015 yang lalu, 2 kes samun bersenjata parang telah berlaku pada masa yang hampir sama iaitu antara jam 11.30am - 12.30pm.. Suspek telah menyamun 2 wanita yang memasuki kawasan porch kenderaan di kediaman masing-masing. Suspek difahamkan berbangsa melayu dan bermotosikal Honda EX-5 berwarna biru.. Dan sebuah motosikal lagi berwarna merah hitam. Motosikal yang sama yang menyamun sebuah rumah di Fasa Orchid pada 8.12.2014 yang lalu.
Kejadian samun sebegini sangat menakutkan terutamanya bagi kaum ibu yang menjalankan tanggungjawab dirumah. Yang lebih menyedihkan, perbuatan samun ini dilakukan oleh kaum melayu. Dimana nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri kaki penyamun ni?? Tidak mustahil anda akan ditimpa musibah yang lebih dasyat sama anda diri sendiri ataupun kaum keluarga anda..
Modus operandi suspek ialah mendapatkan barang kemas atau hand-bag, handphone serta barangan yang berharga dengan cara memberhentikan motosikal di depan atau belakang kenderaan yang telah sampai di pintu pagar rumah. Sebagai contohnya, untuk kes baru-baru ini, suspek memecahkan cermin kenderaan mangsa kerana mangsa tidak mahu membuka pintu kereta. Jiran terdengar dan cuba membantu tetapi, dihulurkan parang supaya tidak masuk campur. Betapa beraninya manusia seperti ini...
Semua warga Perdana College Heights dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika tiba didepan pintu pagar kediaman masing-masing. Pastikan tiada motosikal yang berlegar-legar ketika anda tiba dipintu pagar rumah.
Kami dipihak KRTPCH sedang berusaha untuk centralized kan pintu masuk Perdana College Heights ini dengan 2 pintu masuk serta kawalan 24 jam di kesemua 6 fasa perumahan yang ada di PCH ini. Cuma admin memohon supaya kita menyertai kawalan keselamatan 24 jam ini dengan bayaran RM50 sebulan. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan PCH (JPKPCH) yang diketuai oleh Mejar Roslan sedang berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkan kawalan keselamatan 24 jam di PCH.
Sebarang info terkini akan diupdate.