Isnin, 2 Februari 2015

'Banner Stand' Sumbangan Seri Pajam Development

Assalamualaikum wbt & Salam Perpaduan..


Kerja-kerja pemasangan oleh kontraktor SPD




Alhamdulillah.. Permohonan 'banner stand' atau kerangka bagi tujuan pemasangan  banner telah diluluskan & dipasang oleh pihak Seri Pajam Development Sdn. Bhd. (SPD). Pihak KRTPCH mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SPD kerana menaja 'banner stand' tersebut & terima kasih juga kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerana meluluskan permohonan pemasangan 'banner stand' ini.

Admin mengalu-alukan semua pertubuhan berdaftar di PCH untuk menaikkan sebarang banner aktiviti kemasyarakatan di PCH termasuk persatuan penduduk & Surau Al-Falah. Dengan adanya banner stand ini, maka keadaan pemasangan banner di kawasan laluan utama PCH akan menjadi lebih kemas & tersusun.

Kolam Takungan JPS Yang Tidak Diselenggara @ PCH

Assalamualaikum wbt..




Pada 22 Disember 2014 yang lalu, Biro Aduan & Perhubungan Awam KRTPCH telah memanjangkan aduan berkaitan kolam takungan No. 1 & 2 yang tidak diselenggara (boleh dikatakan bertahun-tahun jugak lamanya). Aduan secara terus ke Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPS) mendapat respon yang sangat positif kerana dalam masa yang singkat, Pegawai JPS dari Seremban iaitu Puan Riza telah melawat kawasan yang tidak diselenggara tersebut.

Perbincangan antara Pengerusi KRTPCH & Pn. Riza dari Jabatan Pengairan Saliran (JPS)
Hasil perbincangan dengan beliau, pihak JPS akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerana tanggungjawab JPS adalah kawasan kolam dan di dalam kolam bukannya di luar kawasan kolam. Walaubagaimanapun, jika MPN menolak, beliau berjanji akan menguruskan penyelenggaraan kolam tersebut selewat-lewatnya bulan Mac 2015. 

Diharapkan janji berkenaan ditepati. InshaAllah..