Assalamualaikum wbt..
Pada 22 Disember 2014 yang lalu, Biro Aduan & Perhubungan Awam KRTPCH telah memanjangkan aduan berkaitan kolam takungan No. 1 & 2 yang tidak diselenggara (boleh dikatakan bertahun-tahun jugak lamanya). Aduan secara terus ke Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPS) mendapat respon yang sangat positif kerana dalam masa yang singkat, Pegawai JPS dari Seremban iaitu Puan Riza telah melawat kawasan yang tidak diselenggara tersebut.
Perbincangan antara Pengerusi KRTPCH & Pn. Riza dari Jabatan Pengairan Saliran (JPS) |
Hasil perbincangan dengan beliau, pihak JPS akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerana tanggungjawab JPS adalah kawasan kolam dan di dalam kolam bukannya di luar kawasan kolam. Walaubagaimanapun, jika MPN menolak, beliau berjanji akan menguruskan penyelenggaraan kolam tersebut selewat-lewatnya bulan Mac 2015.
Diharapkan janji berkenaan ditepati. InshaAllah..
1 ulasan:
Terima kasih
Catat Ulasan